Pernah tak kau rasa macam masa tu cepat sangat berlalu. Kau baru je scroll tiktok tup tup dah sejam lebih kau tengok video entah apa. Kau baru baca post orang pasal kucing dia dan orang komen macam-macam dan kau baru perasan dah nak dekat dua jam kau baca komen-komen orang dari satu topik, ke topik yang lain. Walhal kau rasa macam baru kejap kau main media sosial. Kenapa macam tu?
Aku bukanlah seorang manusia yang akan cakap lebih baik kau habiskan masa baca al-qur’an daripada scrolling social media seperti sesetengah orang yang mungkin akan berkata daripada beli rumah harga berjuta, baik sedekah ke rumah anak yatim. Tak, aku bukan jenis macam tu. Aku berpegang kepada prinsip ‘duit kau, ikut suka kaulah nak beli apa pun’. Dalam konsep mesia sosial pula, ikut suka kau la nak buat apa pun dengan masa kau kan. Itu hak kau dan itu telefon bimbit kau. Namun, perasankah anda akan kesan daripada sosial media kepada diri kita? Kepada emosi kita? Yang paling penting kesan media sosial terhadap kesihatan mental kita.
Kau tengok video di tiktok di mana seseorang menayangkan kemewahan hidupnya. Apa yang dia beli, di mana dia tinggal, di mana dia makan, apa yang dipakainya, dan segala macam benda-benda mahal ditayang dengan pembukaan ayat ‘alhamdulilah’. Mesti kau akan rasa kau pun nak apa yang dia ada kan? Jangan tipu la. Mesti ada rasa iri hati walau sikit. Kadang-kadang tu tertanya macam mana dia boleh ada semua itu dan kau tak. Kalau boleh kau nak semua yang dia ada. Kalau boleh kau nak lebih dari yang dia ada. Tanpa sedar kau mula membuat perbandingan diri kau dengan dia dan tanpa sedar ia sudah mula memberi kesan pada kesihatan mental kau.
Oleh sebab hidup kau di masa terluang adalah dipenuhi dengan melayari media sosial, keyakinan diri kau mula turun naik disebabkan apa yang kau tonton dan lihat di sosial media. Kau mungkin meletakkan expectation bahawa kalau kau nak berjaya, kau kena ada ini, itu dan kau kena berada di tahap ini dengan kekayaan kena ada banyak ni, dan gaji kau kena at least banyak ni, dan banyak lagi. Walhal dalam realiti kau memang jauh dari semua ini. Makanya tahap keyakinan diri kau jatuh merudum. Kau mula rasa yang kau adalah seorang manusia yang gagal. Kau mungkin juga rasa diri kau tak cantik, tak bijak, dan rasa diri tak berguna disebabkan oleh apa yang kau lihat di media sosial. Maka jadilah ia media so-SIAL. Kau nak ke jadi macam tu?
Aku banyak tengok video mengenai keburukan media sosial. Terlalu banyak sampai apa yang boleh aku rumuskan adalah media sosial memberikan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Aku sendiri merasainya di mana kekonon kau nak tengok tiktok kejap je. Tanpa sedar dah dua jam lebih berlalu. Lebih-lebih lagi di hujung minggu. Patutlah aku rasa masa sangat cepat berlalu. Tanpa sedar esoknya kau dah kena kerja. 2 hari off day tu tak terasa. Tu belum lagi rasa cemburu, rasa tak cukup dengan apa yang aku ada, dan perasaan ‘aku nak tu juga’. Memang orang kata memberi kesan la pada kesihatan mental aku.
Jadi aku pun mula mencari solusi untuk memperbaiki kesihatan mental aku dan yang paling penting untuk aku take control my life dari telefon bimbit. Solusinya mudah je. Kurangkan pegang telefon. Itu sangat penting kerana kebanyakan masa kita akan scroll social media melalui phone. Jadi adalah penting bagi kita untuk kurangkan bermain dengan telefon. Letak je dalam beg ke atau atas meja atau di mana saja asal ia tidak menarik kau untuk bermain dengan telefon di kebanyakan waktu. Percayalah, lama-lama nanti kita akan terbiasa untuk tidak sentiasa berdamping dengan telefon. Jadi bila kita kuruang bermain telefon, kita akan kurang melayari media sosial. Cuba dulu, anda pasti akan lihat hasilnya.
Leave a Reply